1 research outputs found

    Sistem pengurusan syukor batik menggunakan aplikasi mudah alih

    Get PDF
    Sistem Pengurusan Syukor Batik Mengggunakan Aplikasi Mudah Alih ini dibangunkan bagi tujuan membantu pihak kedai Syukor Batik menguruskan aktiviti penjualan dan memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan secara atas talian. Sistem manual yang sedia ada menyukarkan pihak kedai untuk berurusan dengan pelanggan melalui mesej sembang nyata. Hal ini membebankan pihak kedai untuk mengambil pengesahan tempahan dan bayaran pelanggan kerana wujud isu maklum balas yang lambat, masalah komunikasi serta menghadapi isu terputus sambungan talian. Wujud kesukaran dalam merekod butiran pelanggan, tempahan dan rekod jualan yang tepat apabila ianya hanya dicatat di dalam buku harian sahaja. Pihak kedai juga sukar untuk membuat pengemaskinian bilangan stok semasa kepada pelanggan. Kerana bilangan stok akan sentiasa berubah pada setiap masa dan pengemaskinian bilangan stok semasa akan dikemaskini dengan cara tidak produktif. Oleh itu, Sistem Pengurusan Syukor Batik Menggunakan Aplikasi Mudah Alih ini dibangunkan bagi membantu pengurusan jualan dan rekod serta memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan secara atas talian. Sistem ini dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan Java melalui perisian Android Studio dan Firebase, yang berpandukan model Object-oriented Systems Development Llife Cycle (OOSDLC). Sistem ini terbahagi kepada dua bahagian aplikasi yang berbeza namun saling berkait. Setiap pelanggan yang ingin membuat tempahan secara atas talian akan menggunakan bahagian aplikasi mudah alih. Manakala, untuk memudahkan proses pengurusan, pihak kedai akan menggunakan aplikasi laman web bagi menguruskan segala aktiviti jualan dan pelanggan daripada aplikasi mudah alih. Pembangunan Sistem Pengurusan Syukor Batik Menggunakan Aplikasi Mudah Alih ini diharapkan dapat membantu pihak kedai meminimumkan kelemahan pengurusan jualan dan permasalahan yang ada sebelum ini dengan produkti
    corecore